//Greyish Cherry !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. replace your own image :D


Picit Sini


Bloglist



Bigfoots!


Jom Follow blog ni !
Kalau berkesempatan saya Follow balik.
Gunakan ayat yang sopan dan baik di sini .


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Your Name
Others:   



Kurelakan Dirimu Pergi.


assalamualaikum ! * sila jawab

harini Anis nak buat post yang takde kena mengena sedikit pun tentang GA ataupun Contest dan mana-mana yang sama dengannya. memang blog ni bercadang nak berubah apabila 2013 sebab nak jadi lebih matang. sekarang, 2012 ni masih kebudak-budakan sikit.

Anis nak cakap yang kucing Anis dah menuju ke syurga bertemu dengan penciptanya. mesti Putih *nama kucing* bahagia di sana. Anis dengan abang Anis nangis. sapa yang tahu perasaan kehilangan "yang tersayang" yang merupakan sebahagian daripada keluarga. Anis nangis masa tahu berita tu. Abang Anis nangis masa tanam mayat Putih.

sedih sangat! sekarang ni pun mata dan hidung merah-merah dan berair. teringat kenangan dengan Putih dulu. Abah Anis cakap Putih mati jatuh dalam telaga. Anis tak tahu macam mana boleh jatuh. Tak silap Anis sebelum peristiwa yang menyayat hati itu berlaku, Anis kasi Putih makan. Kira-kira sebelum Isyak. tak sangka tu kali terakhir Anis tengok dia di dunia ni.dia menggesel kat kaki Anis dan abang Anis *manja . kononnya nak minta makanan. Anis sedih tengok mayat dia terbujur kaku. Bengkak! kesian Putih. kenangan bersama masih melekat dan kekal di dalam ingatan Anis sampai bila-bila.

muka Putih lebih kurang macam ni masa Anis mula-mula jumpa dia * bukan gambar sebenar

Abang sulung Anis ada banyak gambar kucing yang Anis pelihara termasuk Putih. nanti kalau berkesempatan Anis upload. Putih ni pelik sikit. Abang Anis kata dia "pondan". walaupun jantan tapi ada ciri kebetinaan. kalau nak buang air duduk. * sopan tak macam kucing jantan lain yang tak sopan langsung. suara pun halus jer. kalau tak percaya tanya cousin Anis --> Thirah Biha
satu lagi yang pelik tentang Putih . dia gemuk sangat. masa mula-mula jaga kurus jer. sekarang gemuk macam ni.

ini bukan gambar sebenar.

entah apa-apa dia makan. asal jumpa je rembat, asal jumpa je rebat. mana tak gemuk. sedap dipeluk Putih ni. * rindu dia
 yang ni satu lagu kenangan yang lucu dan menarik untuk dikenang. beberapa hari sebelum Putih pergi meninggalkan Anis. dia gigit plastik yang berisi ikan masin ataupun ikan kering. heret sini, heret sana. sampai jatuh atas lantai. nasib baik Anis yang tengok bukan abah Anis. kalau tak ,kena maki.

yang ni kejadian beberapa jam sebelum Putih pergi. dia tak makan. selalunya dialah yang paling cepat rembat makanan. Anis musykil. Keesokan paginya, Anis panggil nama Putih dan Cici * kawan Putih .tak menyahut. panggil sekali lagi. Cici je yang datang. Anis kasi Cici makan "whiskes" dengan harapan Putih join. sebenarnya, abah Anis dah lama tahu Putih pergi tapi tak nak cakap kat Anis. tapi akhirnya Anis tahu juga.

Putih bulu dia 100 peratus putih. mata dia kuning. ekor dia pendek sikit. telinga kemain besar.
ni koleksi gambar kucing yang mirip Putih.

* ceh! kemain poyo

* mata Putih taklah bulat sangat

* bestnye tido atas katil

* yang ni gambar paling mirip dengan Putih

walaupun ada kucing Parsi yang berwarna putih, manja dan gemuk. mahupun kucing tu kucing termahal di dunia.
tak ada yang dapat menggantikan Putih. hanya peminat kucing yang faham perasaan kehilangan ni. Putih manja, gemuk, comel, aktif dan lucu. Putih hanya satu dalam semua kucing di dunia sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.

Cici pula asyik nak main dan bergurau jer. tak kesah langsung pasal Putih. mungkin Putih dah pesan kat Cici untuk menggembirakan kami sekeluarga dan jangan bersedih. Cici tak sporting nak main dengan Anis. Anak-anak Cici kecik sangat tak best nak main, gurau dan peluk mereka. Putih jer yang memahami Anis. Kitaorang sama-sama kebudak-budakkan. Anis buat muka comel Anis. Putih buat muka comel Putih. Argh... rindunya....

Putih jugak merangkap Best Friend Anis. nak cari Best Friend dalam kalangan manusia susah. nak cari manusia yang ada sifat macam kucing pun susah apatah lagi nak cari manusia yang betul-betul manusia. Putih memang memahami. Putih Terbaik!

Anis harap dapat bawa keluarga Anis jumpa Putih di syurga * Insya-Allah
tunggu kami Putih. moga Putih bahagia kat sana.

ni lagu khas untuk Putih.

Seharusnya kau tahu. betapaku merindu . ooo... Putih. maafkanlah. diriku ini.
 Tiada rela jua jadi begini. Tika cinta kian bersemi. Oh! relakanlah Putih pergi.

Doakan Anis dapat jumpa Putih di syurga dengan keluarga Anis.
 
nanti Anis update tentang kawan-kawan Anis kalau Anis sempat * masih dalam mood sedih